Ramai yang beranggapan bahawa aktiviti pengayaan untuk kumpulan pelajar yang cerdas manakala aktiviti pemulihan untuk kumpulan pelajar yang lemah. Sedangkan kedua-dua jenis aktiviti tersebut adalah sesuai dan boleh dirancang untuk kedua-dua jenis kumpulan pelajar, sama ada yang cerdas atau lemah (D'Augustine, 1973; Nik Azis, 1996)). Aktiviti pengayaan dan pemulihan merupakan komponen yang penting dalam kurikulum pendidikan matematik KBSR dan KBSM (PPK, 1989).
Aktiviti pemulihan merupakan aktiviti pengajaran yang berusaha menolong murid-murid untuk mengatasi masalah pembelajaran. Manakala aktiviti pengayaan ialah sejenis aktiviti tambahan yang lebih kompleks tetapi menarik dan mencabar (PPK, 1982).
Aktiviti pengayaan juga sering digunakan untuk mengesan pelajar pintar di samping dapat mengasah bakat dan kreativiti. Kedua-dua aktiviti tersebut perlu dirancang dan dilaksanakan dengan teliti supaya ianya tidak membeban dan membazirkan masa pelajar.
4.1 Aktiviti untuk kumpulan lemah
Hasil Pembelajaran
- Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat mencatat isipadu cecair yang disukat dengan menggunakan ukuran unit bukan standard (non-standard units).
Bahan
- Cawan plastik
- Jug air
- Bekas minuman
- Lembaran kerja
Langkah Pengajaran:
- Guru membentuk murid kepada enam kumpulan.
- Guru melantik seorang murid sebagai ketua, dan seorang lagi sebagai pencatat, sementara yang lain pula akan turut membantu melakukan aktiviti.
- Guru menyediakan 6 set bahan dan meletakkannya di enam stesen yang berbeza. Setiap stesen tersebut dilabelkan
RAJAH 1
Rajah 1 menunjukkan antara bahan atau bekas yang digunakan semasa murid-murid kumpulan lemah melakukan aktiviti.
- Guru mengedarkan setiap kumpulan dengan satu set lembaran kerja.
|
Lembaran Kerja untuk murid kumpulan lemah |
-
Guru memberi penerangan ringkas serta menunjukcara berkaitan dengan aktiviti yang perlu dijalankan.
Guru menetapkan murid kepada stesen masing-masing sebagai stesen permulaan.
Kumpulan 1 : Set A
Kumpulan 2 : Set B
Kumpulan 3 : Set C
Kumpulan 4 : Set D
Kumpulan 5 : Set E
Kumpulan 6 : Set F
- Setiap kumpulan diminta untuk mengira bilangan cawan plastik yang berisi air.
- Setelah selesai melakukan aktiviti di stesen masing-masing, setiap kumpulan akan bergerak ke stesen yang kedua pula.
- Setiap kumpulan perlu menyelesaikan aktiviti di keenam-enam stesen tersebut.
- Setelah selesai, guru berbincang bersama-sama dengan murid aktiviti yang telah dijalankan.
- Guru membuat rumusan daripada aktiviti tersebut.
4.2 Aktiviti untuk Kumpulan Cerdas
Hasil Pembelajaran
- Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat mencatat isipadu cecair yang disukat dengan menggunakan ukuran unit bukan standard (non-standard units).
- Cawan plastik
- Botol air
- Jug air
- Bikar
- Bekas minuman
- Lembaran kerja
Langkah Pengajaran :
- Guru membentuk murid kepada empat kumpulan.
- Setiap kumpulan perlu melantik seorang ahli sebagai ketua, dan seorang lagi sebagai pencatat keputusan, sementara yang lain pula akan turut membantu melakukan aktiviti.
- Guru menyediakan 4 set bahan dan meletakkannya di empat stesen yang berbeza. Setiap stesen tersebut dilabelkan
.
RAJAH 2
Rajah 2 menunjukkan antara bahan atau bekas yang digunakan semasa murid-murid kumpulan cerdas melakukan aktiviti.
- Guru mengedarkan setiap kumpulan dengan satu set lembaran kerja.
Lembaran Kerja untuk murid kumpulan cerdas
- Guru memberi penerangan ringkas serta menunjukcara berkaitan dengan aktiviti yang perlu dijalankan.
- Guru menetapkan murid kepada stesen masing-masing sebagai stesen permulaan.
Kumpulan 1 : Set A
Kumpulan 2 : Set B
Kumpulan 3 : Set C
Kumpulan 4 : Set D
- Sebelum melakukan aktiviti, guru terlebih dahulu meminta setiap kumpulan membuat anggaran bilangan cawan yang akan dipenuhi oleh air yang dituang daripada bekas yang telah disediakan oleh guru.
- Setiap kumpulan dikehendaki untuk menuang air yang terdapat dalam bekas yang disediakan ke dalam cawan plastik yang telah disediakan
Video 1 & 2 menunjukkan cara bagaimana aktiviti yang perlu dilakukan oleh murid iaitu murid perlu menuangkan air yang terdapat dalam bekas tersebut sehingga habis ke dalam cawan plastik yang telah di sediakan oleh guru
- Bilangan cawan plastik yang diisi dengan air direkodkan ke dalam lembaran kerja yang telah disediakan. Setelah keputusan direkodkan, murid perlu menuang kembali air dalam cawan plastik tadi ke dalam bekas semula bagi tujuan kegunaan kumpulan lain.
- Setelah selesai melakukan aktiviti di stesen masing-masing, setiap kumpulan akan bergerak ke stesen yang kedua pula. Setiap kumpulan perlu menyelesaikan aktiviti di keempat-empat stesen tersebut.
- Setelah selesai, guru berbincang bersama-sama dengan murid aktiviti yang telah dijalankan.
- Guru membuat rumusan daripada aktiviti tersebut.
0 ulasan:
Post a Comment